15 posts tagged “sekolah”
Assalamualaikum..
Assalamualaikum..
tibe2 mood nak mengapdet blog datang.. hoho.
lepas ni mesti blog ni ditinggalkan begitu lama.. macam biasela.. yela, kate nak spm.. (ceh padehal fb boleh je bukak)
Minggu lepas dah start sekolah. Kelas tambahan.
tapi tak datang sehari sebab tak sihat sangat.
pastu selesema n batuk2 ni tak baik2 sampai skang.
bape kotak tisu ntah dah abes dalam mase 5 hari nih.
sakit hidung.. mmg terseksa la..
hari ahad tuh pergi tido kat umah hani, nak siapkan projek addmath.
tinggal nak print jek. hehehe.
mule2 memang rase malas sangat nak pegi sekolah.
tiap2 hari pun sebenarnye rase camtuh.
rasa macam xnak jumpe sesape jek.. nak duduk rumah jek. malas gile. haha
tapi bile dah pegi sekolah, dah mule blaja, rase cm semangat sikit ah. ye ah, sume orang dah mule semangat2 nak blaja betul2 sebab keputusan pekse hari tuh mmg .. err.. pasrah je ah.
n spm pun makin lame makin dekat.. manje ah spm nih.. ish. (cakap dgn gaya matang sambil betulkan spek)
n bile dah jumpe kawan2.. banyak pulak cerita (mcm selalu la) riuh sangat kelas.. meriah2..
terus semangat2 balik n tibe2 jadi pembising balik. azam utk jadi seorang yang pendiam, pemalu, serius, kosentret dan fokus serta merta terbatal begitu sahaja..
markah pekse kali nih... berderet2 B dengan C.
Math je yg A. gagaga.. mmg xde harapan lagi dah. kite hanya pasrah dan berserah dengan ketentuan. sape suruh xblaja. (tiap2 kali pekse pun camnih. bile ko nak start blaja ni safiah?)
erm, ape peristiwa yg menarik kat skolah hari ni?
-dapat result sume hampeh2.
-sakit gigi je sepanjang mase.
-selesema lagi, sebaik ade supply tisu.
-ade kelas tambahan, kene balik lambat.
-berbual2 ngan kgkawan dengan penuh semangat sambil buat muka blur.
-kuiz kat facebook menjadi topik hangat. hahah.
ape je yang menarik hari nih?
teett......
hanaa memang tak berenti2 cakap kat umah nih. seriyes penat nak layan die. haha.
abah paling kesian skali sebab die paling suke cakap ngan abah. terpakse layan..
dhisuehfksjfhlasse8rfhelfhsljdcbvasdhwaiuhbvlsauegfsjdeueqwndmxnoeifh
jhsdgfnxwaiowdgxncnkljfsuhduerfhkloqwiyeiz7znxryisjdkljhxjhg7eaklsjdhsjhfgr7gfeskjhwqo2xj'
sircnvwe9ytewkesdjdcnjdliawu874ryfxnejla83eghsadfha9doaw
pegi blaja laa..
sebenarnye...
saya sedang....
berasa....
stress.
sebab tak dapat nak makan. haha.
slalunye bile rase bosan2 mesti pegi carik makanan.
tapi hari ni nak crk makanan pun xde makne sebab sakit gigi.
hahaha..
ok ah. jom gi makan.
err.. maksud saye.. jom gi blaja..
bye!
(berlalu pergi turun bawah dan terus duduk kat sofa depan tv. haha)
yours truly,
safiahkd
Assalamualaikum..
Semalam ade latihan sukan and kelab kat sekolah.
This year, sekali lagi saye berada di kelab ICT.
Tak sabar nak lawatan kelab. hakhak.
Sebaik pengarah lawatan budak form4.. hehehe
Oh ye..
Bile saye tengok balik title post saye sebelum ni "11 subjects"..
Lupe pulak nak cakap pasal 11 subjects uh. haha.
Saye telah membuat keputusan untuk drop est.
So saya amek 11 subjects untuk spm. huuuuuuuu.....
ok jom buat keje.
mmmmm.......
cake cake cake.
...
yours truly,
safiahkd
Assalamualaikum..
Dah lame sangat tak update blog.
tapi lebih lama lagi tak top up henfon (tibo.. ape kaitan??)
takde masa sangat nak update blog nih. n malas. hehe.
update pasal pernas, lagi malas. sebenarnye dah habis tulis post die kat notepad. tapi xpelah. cerita dah basi. kulit muka yang terbakar pun dah cerah sikit. err sikit jelah.
Okeh. mengenai kehidupan saye sekarang.
Sekolah dah officially start isnin lepas.
Sekarang kirenye baru hari keempat sekolah. tapi rasa macam dah berminggu2 sekolah (memang pun.. dah 3 minggu sekolah)
Homework tak penah berhenti...
IFTIKHAR = HOMEWORK
setakat ni kebanyakan homework disiapkan di sekolah. sebab kat rumah tak buat. hakhak.
kelas 5 iftikhar sekarang di kelas air-cond.
dulu tu kelas 3 Itqan.
Dah lama tak update blog, rasa macam nak membebel banyak2.
ok teruskan.
Maimunah, my sister, baru balik dari Australia. cuti. cikgu physics dah balik. tapi sampai skang tak sempat2 lagi nak blaja physic ngan die.
Munah juga bawak balik henfon die yang lame.
Berlaku sesi perebutan perbincangan antara safiah dan ahmad untuk mendapatkan hp tuh.
Tapi sebab hp tu kaler pink, amad kasik saye gune dulu.
semoga die terus kasi saya gune dan die beli hp baru.
Pergi sekolah, tengok budak2 form 1 bersinar2 je. sume pakai tudung+baju baru. haha.
AKU DAH FORM 5.
huargghh.
latihan sukan dah mula hari nih.
cepatkan?
baru minggu pertama dah kene sukan2.
tahun ni, saye rumah hijau lagi. Salman Al-Farisi.
Kapten: Huda Arshad
Timb Kapten: Aqilah Omar
Setiausaha: tak lain dan tak bukan Alifah Tarmidi cik s/u berwibawa
Bendahari: pelajar 5 iftikhar yang duduk disebelah Alifah dan telah berminggu2 selesema.
Ajk Perbarisan: Staf Sarjan Nidaa Ul Hani
Ajk First Aid: Dr. Fathimah Azzahra'
Ajk lain: tak ingat. sori. huu
Wakil Tingkatan: tak salin...
Kapten rumah kuning: Nurul Hafizah mfa
Kapten rumah biru: Nurul Izzah Fazi
Kapten rumah merah: Nurul Ain Azman
Kapten banin..
Hijau: Abbas
Kuning: Irfan Masiri
Biru: Naqiuddin
Merah: Ammar Amin
(tak dapat dipastikan kesahihannya, ni orang lain yang bgtau..)
eh apesal semangat sangat nak listkan nama2 kapten nih?
dan kenapa dari tadi bile nak eja kapten je mesti ter eja kaptern?? kaptern? apekahh..
ok topik lain.
Tentang Perpustakaan. Maktabah. Library.
Library dah berubah.
jom datang ramai2 ke maktabah. hahaha.
------------
hmm..
Saye mendapati budak2 form 1 banin tahun ni sangat pelik.
PELIK SANGAT!
banyak ah kisah2 pelik mereka..
Seperti melihat bunga di tepi musolla dengan penuh semangat dan teliti, sambil buat muka serius. Juga amat pelik bile tengok ade yang buka penutup pewangi di maktabah dan bau dengan penuh semangat (sekali lagi dengan muka serius, tapi bila dah bau muka berkerut2 sebab bau wangi kuat sangat)
ahh pelik ah derang nih.
pelik dan kelakar.
merepek.
ahh korang takkan paham!! (ceh semangat.. hahaha)
------------
air-cond bilik dah tukar baru.
sekarang bilik ni sangat2 sejuk.
jakun bile balik rumah tadi.
------------
first week sekolah.
ape lagi aktiviti saye?
1. undian organisasi maktabah.
2. homework.
3. pasang alarm tiap2 hari dengan bunyi alarm adalah lagu insan bernama kekasih dr unic. taknak bangun tidur sebab bunyi alarm sedap. hahaha. lepas ni harus tukar bunyik alarm.
4. tak makan nasi kat kantin. dah naik harga.
5. balut buku2 sekolah yang baru dibeli. tapi tak dapat nak balut sume sebab pembalut tak cukup.
6. lepak kat kelas orang lain, bila teringat ade lagi homework tak siap, gelabah nak balik kelas. bila bukak pintu dengan penuh semangat, pintu terkena orang lain dengan begitu kuat. memalukan. sian orang uh. sori.. hehe.
7. solehah terpaksa pakai baju sekolah saya sebab die dah meninggi, baju tahun lepas dah pendek.
oh ada saya pernah kata yang solehah, adik saya yang baru form2 tuh dah lagi tinggi dari saya? cehs!
hmm..
rindu pintu gerbang..
Macam2 perkara jadi tahun 2008.
Tahun 2008 memang mencabar. Mencabar sangat.
Tahun 2009 pulak.
ape agaknye cabaran tahun nih?
SPM..
Love,
Safiahkd
Assalamualaikum..
Saye menulis entry ini kat notepad atas ketiadaan internet di kala ini. agak menyedihkan. tapi takpe, hidup mesti diteruskan. hakhak.
Time tengah bosan2 gini lah saya akan menekan icon "Bejeweled 2" dan akan main game ni dengan gigih.
(bukan nak belajar)
Tapi bile fikir2 balik, game nih banyak bawa kebaikan.. hohoho. mari kite melistkan apa kebaikan main game "Bejeweled 2" (promote2..)
Kebaikan Bejeweled 2:
1) Mengasah minda
Bile main, otak jadi cepat, tangan kene pantas menekan mouse dan mata kene cepat mencari gems. huahuahua. boleh buat senaman jari bile main mende nih.
2) Membina keyakinan diri
Sound effect die best.
"Good, excellent, excellent, incredible.." "Level completed"
Pergh bahagia..
Bile kite dapat power gems or hyper cube je mesti die cakap "Excellent".
Takke membina keyakinan diri tuh? wahaha.
3) Mewujudkan semangat bersaing
Dalam keluarga selalunya.
Saingan saya dalam rumah: Abah, Mama, Aliya, Hayat. Munah still men lagi ke mende nih?
Hayat hampir2 kalahkan saye minggu lepas. cehs. berangan eh nak amek tempat orang??
4) Buat orang rasa bahagia
Bile dapat high score, bile dapat hypercube belambak2, bile main laju jek..
"Excellent, excellent, incredible, level completed"
bahagiaaa
5) Mengisi waktu lapang.
Lagi2 time takde internet connection.
Main game ni aktiviti berfaedah kan? kan?? kan??? hehehe.
Kalau men game niat kerana Allah dapat pahala x? heheh.
Keburukan Bejeweled 2:
1) Mewujudkan rasa riak dan bangga.
Perasaan ini akan wujud apabila kejadian ini berlaku:
Yang game biasa2 adelah action. Bile main game action sampai level 9, die akan unlock hyper mode. hehehe. best..
High score action. dah lama tak main action punye. terasa lambat.. (berlagak)
Eh sapekah yang letak username comel? perasan abes! hahahaha!
2) Jadikan orang tak sedar dunia
Tak sedar ape berlaku sekeliling bile tengah main.
Akan main dengan penuh perasaan dan kosentrasi.
3) Boleh buat orang stress.
Lagi2 bila hypercube yang jarang2 dapat diletupkan oleh power gems. perghh..
Juga boleh tension bile cuai. patutnye boleh dapat power gems atau hyper cube.
Tersalah tekan. benci..
(hanya orang yang penah men bejeweled saja yang akan faham)
Oh juga akan tension bile dengar mende nih..
"Time out.."
Kalau dengar "Time out, a new high score" takpe jugak.
Ni nak time out bile score baru sikit. cis.
Ha tengok.. lagi banyak kebaikan daripada keburukan. hahaha.
Sapelah yang cipta game yang addictive nih?
hmm..
ha mende ni baru jumpe kat wikipedia tadi.
In Bejeweled 2, several secret game modes can be unlocked.
- By reaching Level 18 in Classic Mode, a game mode called Twilight is unlocked. In this mode, the gravity changes with each move, alternating between gems falling from the top, and then from the bottom.
- By reaching Level 9 in the Action Mode, a game mode called Hyper is unlocked. Hyper is like Action, but much faster paced, being 4 times faster. However; the cascade continues if a legal move is found within half-a-second of the previous cascade; even if the gems have settled.
- By completing puzzle mode, the game mode Cognito is unlocked. Cognito is like puzzle mode, but there are points and a separate high scores list, and you are unable to use hints without getting penalized 0 points for one level.
- By completing level 280 in Endless Mode, a game mode called Finity is unlocked. It is like Action except that there are rocks and bombs incorporated into the game field and points are awarded only for gems that are destroyed by an explosion or Hyper Cube reaction.
- When you select all of the game modes (Classic, Action, Endless, and Puzzle) with your pointer in a circle about 6-9 times, you automatically start the hidden "Original Mode". This is the same as Classic, however you do not have hyper cubes or power gems.
pergh.. ade ke orang leh sampai level 18? hebat... saye penah dapat sampai level 11 ke 12 je.
-------------------
Okeh habis cite pasal bejeweled.
Sekarang dah mula kelas tambahan untuk pelajar form3 dan form5.
Wah, aku dah form 5! huuu..
Pelajar 4 Imtithal adalah pelajar 5 Iftikhar sekarang.
We are the first generation of Iftikhar. hehehe.
Kelas baru sebab batchsebelas terlalu ramai.
Apa maksud Iftikhar?
Kebanggaan. Being Proud.
Form 5: Iltizam, Iftikhar, Imtiaz, Ikhlas
Form 4: Ittihad, Imtithal, Indhibadh, Abqari
Form 3: Intisor, Itqan, Istiqamah, Ittifaq
Form 2: Thiqah, Athif, Tajarrud, Islah
Form 1: Ithar, Ihsan, Hikmah, Thabat
Kelas safiah: 1 Ithar, 2 Thiqah, 3 Intisor, 4 Imtithal, 5 Iftikhar.
rajinnye daku melistkan senarai nama kelas..
sekarang dah ada 20 kelas kat hidayahjb.
Ohye. saya baru balik dari Perkhemahan Nasional 2008 (PerNas).
Muka memang sangat gelap. berbelang. siap ada belang beret lagi.
Tapi tak nampak sangat lah. huu..
Skang agak malas nak cite pasal pernas sebab tak dapat gambar lagi.
Bile ade gambar baru akan cerite.. hehe
Oklah cerita sikit.
Alhamdulillah, Hidayah jb kontijen banat dapat no.2 keseluruhan.
Kontijen banin.. tak ingat. hehehe.
Special thanks to ust shahruddin sebab sanggup tolong kami at the very last minute, ciptakan lagu patriotik. dapat johan.. hehehe.
Terima kasih banyak2 :D
Juga terima kasih kepada Alifah kerana sudi meminjamkan baju no.4 die yang mahal tuh kepada saya. oh juga but die.
Terima kasih juga pada Hidayah sebab bagi pinjam baju no.4. tapi ana tak gune lah.
ana gune tali pinggang nti je. hehehe.
Terima kasih pada orang lain nanti dulu, time entry pernas. hehehe..
Ape2pun, Terima kasih sangat2 pada semua orang. heheh.
Esok cuti! hehehe.
Love,
Safiahkd
Assalamualaikum.
minggu nih. bile nak hari jumaat nih?
eh salah. semula!
bile nak hari sabtu nih?
pagi tadi masa bangun dari tido rasa ingatkan hari ni hari khamis.
skali baru ingat yg hari ni baru hari rabu.
berasa hampa.
lambatnye nak cuti..
hmm xpe. hidup mesti diteruskan.
jumaat lepas tido skolah.
sabtu lepas tido umah huda.
ahad baru nak cuti.
rasa macam tak cuti.
sabtu ni ada kelas tambahan. lagi.
pastu ahad maybe ade mende..
takde cuti lagi. wargh.
pekse start 28 Oktober. hmmh.
oh skang ni tengah PMR.
belajar rajin2 ye aliya yang sedang membaca blog2 manusia skang nih. haha.
bile nak hari jumaat nih...
eh tapi hari jumaat kene hanta folio aqidah.
tadi masa nak masuk bilik mama hanaa jerit:
"assalamualaikum!!!! atukkk ohh atukk!!"
ceh budak ni kejap je dah terpengaruh ngan cite upin dan ipin.
tiap2 hari tengok sampai dialog pun dah hafal.
ohye. (bertukar watak menjadi seorang cikgu yang berdedikasi dan sopan.. )
[bertukar!!! (mcm gaya ultraman)]
hmm.. hari ni cikgu nak ajar macam mana cara-cara nak menghilangkan rasa tertekan dan rimas dan segala-gala yang berkaitan dengan ketidakselesaan masa berada dalam kelas.
ok murid2, mule2 semua orang digalakkan untuk berdiri secara tiba-tiba di tempat masing2.
selain dapat menghilangkan ngantuk, berdiri secara tiba2 dapat juga membuat pinggang berasa selesa setelah duduk terlalu lama, kaki juga berasa gembira (lebih2 lagi kepada yang berkaki panjang), dan punggung anda akan dapat bernafas dengan baik.
seterusnya, keluar dari kelas anda, cari port yang paling sesuai untuk lompat bintang tanpa memalukan diri sendiri di khalayak ramai. lompat bintang seberapa banyak sekali pun sehingga anda puas. cikgu pernah mencuba aktiviti ini dan ternyata ianya sangat berkesan.
selain itu, selepas lompat bintang, murid-murid sekalian bolehla mulakan aktiviti berbual secara ilmiah bersama rakan-rakan. perbualan ini semestinya dapat mengembangkan minda anda.
wah rasanya cikgu terpaksa berhenti di sini kerana waktu bertukar ini hanya bertahan selama tiga minit sahaja. babai!
[teeeettt (masa habis)]
(bertukar kembali kepada watak normal)
hmm..
terpinga2.. :|
eh apa berlaku!! adekah personaliti saya yang lagi satu telah keluar? berani die!
ok. safiah mmg harus berhenti sebelum panjang karangannya melebihi 200 patah perkataan. (rasa macam dah lebih)
teringat kata2 ustzh kartini..
Ingat Addmath, ingat A1!
Sambil makan kuih raya, sambil buat addmath!
yours truly,
safiahkd
Assalamualaikum..
So today.. sangat tension okeh..
pagi2 bangun sangat2 pening kepale.. macam nak demam.
pegi sekolah.
pagi2 ade pqs. kene tasmi' surah yasin. tak hafal lagi. heheh.. baru hafal sikit..
sebaik ustzh lepaskan jugak..
then ade qth.. kene tasmi' hafazan. huhu baru hafal 1 ayat.. xde maknenye.. dahle tengah pening kepale.. memang tak boleh nak hafal.
then rehat. masa rehat tension nak buat peka chem.
pastu patutnye physics. tapi ustzh xdtg.. so belaja addmaths. wow.. pening2.. tapi ok la..
differentiation.. still masih tak dapat ape tujuan belaja mende alah nih.. huhuh..
pastu ade psi. ade test lisan. ok jek.. tapi ngantuk sikit.. sebab mase tuh memang sangat pening.
pastu chemistry. mase chem gelabah nak siapkan Peka report. huhuh..
mase orang tengah nak cepat2 siapkan peka, ade spotcheck la pulak.. huhuh..
terpaksela angkut buku2 chem pegi keluar kelas..
check2.. pendrive kene rampas. huhuhuhuhu!!
then lepak kat luar sambil sambung buat peka chem di kaki lima.. sambil menunggu pengawas2 menyelongkar beg2.. dan fail2.. dan selak2 semua buku2 yang sangat banyak..
lame sangat.
kesian ust nak ajar chem xleh. sebab banat xde dlm kelas. (bnn dah abes spotcheck lame dah)
tapi saye xkesah sangat.. masih khusyuk buat peka chem kat luar kelas..
hati still geram sebab pendrive kesayangan kene rampas.
masuk2 kelas. tengok fail. gambar kene rampas. huhuh.
wateva.
geram ngan spotcheck.
pastu blaja chem kejap sangat. then rehat.
mase rehat tido dalam musolla bagi menghilangkan pening2.. huhuh.
pastu pqs lagi. then addmath lagi. addmath 3 mase.. memang sangat pening kepale..
differentiation ni memang sangat memeningkan.. sebaik boleh la jugak pick up..
mende yang saye tak boleh nak pick up sampai sekang adelah function. sampai sekarang masih tak puas hati lagi ngan function. tak paham2.. huhuhuh..
kesimpulannye hari ini sangat lah memeningkan dan tension sangat!
pening kepale. sangat.
nape hari ni tension sangat?
ok safiah.. sile jangan tension.. marilah anda bersemangat membuat homework untuk esok.. woohoo.. hehehe.. :D
hehehe.. kepade kedua2 aliya (aliya k n aliya a) sile izinkan daku meletak lukisanmu ini.. hehehe..
nih adelah ust iswan yang dilukis oleh aliya.. sempena pertandingan mase hari guru.. ni lukisan tak siap lagi.. yang dah siap, dah kaler2 background die.. pade sesape yang nak tengok lukisan sebenar, boleh datang ke library.. ade ditampal kat sane.. hehehe.. (promote2) oh ye.. aya dapat no 2. (kan?)
seronok pulak nak letak gambo nih.. :D
Yours truly,
Safiahkd
Assalamualaikum..
Saye letak tajuk di atas sebagai caption di ym semalam.
Kenapa esok sekolah?
5 orang jawab : sebab esok hari isnin.
1 orang jawab : sekolah? ape itu?
1 orang jawab : huhuh..
hehehe.. bagus, mendapat respon yang baik. hahah.
Hari ni pegi sekolah.
Pagi2 ada tilawah dalam kelas.
Pastu pegi padang. PJK.
Mula2 ustzh tak datang lagi. 4 Abqari pun tak habis tilawah lagi.
So kami main lubang tikus kat padang.
Best sangat!!
Seronok sangat main! dah lama tak main.
Lupe2 jugak.. nak kene cakap ape? Simpul Belit? Belit simpulan? Last2 sape ntah cakap Sembelit terus. hahahah!!
Asyik gelak2 jek main.
Main lubang tikus ni best sebab boleh asah skill melompat kite. hakhak.
Pastu setelah ustzh datang, kami pindah ke court bola jaring.
4 Abqari tak datang2 lagi.. so kami teruskan je main.
Kali ni ingat nak main polis sentri.
Tapi banyak la pulak rules die.. so kiterang main ice water.
Lari2 kejar orang gelak2. Nak tergolek ketawe kejar orang dengan semangatnye.
Penat sangat. semput sangat rase sebab dahle semangat lari, pastu semangat gelak.
Saya ngan Alifah jadik Ice. Lagi 6 orang jadik water.
Last2 ice yang kalah.. dah tak larat dah nak lari kejar orang. hahaha..
Pastu kiterang main nenek2 pulak.
Mase ni Maryam nasihah semangat kite nak bagi instruction..
pastu die cakapla.. (dengan semangat buat muke serius)
Maryam : Main die camnih.. Kite kene.. ape tuh name die..
Najihah : Teekaa.. (tibe2)
Maryam : Kite kene teeka orang..
Sume : Huh??
Maryam : eh salah! kite kene Kejar orang..!
Sume : hahahaha!! ape kaitan teeka ngan kejar?? hahahahahahah!!
memang tergolekla ketawe kat padang tadi.
Sampai dah takleh nak keluar suare sebab dahle baru je lepas semput2 main ice water. memang sangat semputlah gelak.
Pastu maryam n macam tak biase sangat main nenek2..
Die tanyela ape rules die..
Hanani cakapla yang rules die kite kene sumpah orang supaye jadi tempang ke, buta ke, kudung ke.. Supaya game jadik menarik sikit.
Pastu maryam pun semangat nak jadik nenek.
Mase kiterang nak start main..
Hanani : Maryam, nti kene sumpah orang dulu.. jadi tempang ke..
Maryam : Ok2.. (dengan semangat). Ana sumpah diri ana jadik kudung.. (pastu buat gaya tangan kudung)
Sume : Maryam!! Ape pulak sumpah diri sendiri!! nti kene sumpah orang lain lah!! hahahahaha!!!!
Gelak sangat2 lagi.. tak penah2 jumpe orang sumpah diri sendiri! memang lawak ah!
Main nenek2 tadi memang sangat best! memang paling best! best sangat!
Asyik gelak je mase pjk tadi..
Dan memang berpeluhla main. Main dengan penuh semangat.. sampai tak perasan ape jadik kat sekeliling.
Pastu rehat..
Duduk lepak kat library.
Sejuk.. Air-cond..
Pastu kelas chem..
Nih nak cite lagi mase Kelas English..
One of my classmate kene baca text kat dalam kertas..
Die pun dengan semangatnye..
King George V = die pegi baca King George Seven. dengan yakinnya ( V ialah no. 7 dalam bahasa arab).
Memang lawak ah! Yakin je bace! hahaha.. Ceh tak baik gelakkan orang..
tapi memang dah lawak.. terpakse jugak gelak.. haha....
Hari ni sebenarnye dalam kelas boring jugak.
Sebab ustzh tak masuk.. so dok keboringan dalam kelas.
tidurla ape agi..
Tapi bile fikir balik.. banyak gak perkare menarik berlaku kat skolah hari nih.. hoho!
School is not really bad after all..
hahaha..
Kepada pembaca blog..
Kenapa esok sekolah?????!!!
Love,
Safiahkd
Assalamualaikum
Hari ni hari selasa.
Hari ni balik pukul 4.15 ptg.
Hari ni budak2 sekolah rendah pun balik lambat.
Hari selasa memang bas penuh.
Hari selasa patutnye ada perhimpunan, tapi hari ni xde perhimpunan.
Hari ni saye dapat keputusan sejarah. rasenye dapat markah paling rendah antara banat kelas tu.
Hari ni saye dapat keputusan math.
Hmm..
Pagi tadi latihan lontar peluru dibatalkan sebab peluru xde. eh mane ade. latihan dibatalkan sebab hujan.
So dok menjerit2 jela dalam kelas tuh. Sakit tekak nyanyi lagu rumah hijau kuat2.
Tapi best jugak semangat2.
Pagi tadi jugak berlaku satu mende yang membengangkan. Fahna lebih memburukkan keadaan lepas tuh. Pastu dapat balas balik kat die.. (weh fahna, nyanyi lagi!) hahahah.
Hari ni saya bising. ok sebenarnye memang tiap2 hari saya bising.
Tadi mase bio boring2 jugak tunggu lame sangat kat luar makmal. Sambil menunggu (wah ayat power), kenekan fahna. seronok uh. hahah.
Hmm..
Selamat datang, boleh masuk, tengok saja tak beli pun takpe, hanya lima ringgit sahaja!
orang tu tak penat ke ulang2 cakap mende yang same ah? kesian jugak kat die.
hari ni.. ntah..
tak taula..
hari ni.. lain... ape yang lain?
Yours truly,
Safiahkd
assalamualaikum..
hari ni ada mesyuarat sukan.
Saya rumah hijau, Salman Al-Farisi.
Penolong Kapten kami kak mila.
saye jadik ajk peralatan same kaiyisah.
huargghh esok dah mule latihan sukan.. lontar peluru pulak tuh. satu mende yang saya xpernah lepas dari dulu.. sedih je..
So, InsyaAllah sukan sekolah akan diadakan pada 12 April 2008, hari sabtu.
Seronok pulak nak sukan walaupun saya xminat bersukan. Seronok semangat..
Today.. dapat result chem and komp. Chem sebenarnye memang dah tau lame sebab ustaz dah tampal terang2an kat depan bilik guru. Dapat 73.. dan komputer dapat 89.. Careless mistakes. bencila mende2 careless nih.. setiap kertas mesti ade buat. benci jek. besen ultraman!(??? xde kaitan)
Hari ni ramai2 ngantuk dalam kelas.
Saya pun ngantuk tadi.
Dahle hari nih lapar.
Masa chem..
Me : Hidayah, laparla...
Hidayah : Ana pun same..
Me : Eh, dah abes mase!
Hidayah : Ustaz, nak makan!
Ust : ha?? (muke pelik, xperasan masa dah habis)
Me : Masa dah habis.. nak rehat... lapar..
Ust : Oh yeke, heheh, ok pegila rehat semua..
Saya, Hidayah, Fahna : cepat2 keluar pegi kantin. hahah.
lapar sangatla tadi. puas dapat makan. dahle nasik tentibe macam banyak sikit pulak hari nih. nikmat..~ hohoh.
Masa fiqh
- semua tak bawak buku sebab xtau ade fiqh hari nih. jadik, saya baca surat khabar. newspaper penuh pasal undi2. so cakap pasal politik pulak dalam kelas. dahtuh, sape suruh surat khabar cakap penuh pasal pilihanraya tuh, jadi memang topik hari nih pasal pilihan raya. gagaga.
ahh hari nih....
Saya selalu berazam nak jadikan hari ini lagi baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari nih. tapi dapat ke saya laksanakan azam saye tuh? ntahla..
Saya selalu terfikir, adekah saya nih sahabat dan kawan yang baik?
Yours truly,
Safiahkd