5 posts tagged “ramadhan”
Assalamualaikum.
Tiba-tiba saya berasa mahu menambah sebuah post di laman web ini.
Kali ini akan saya cuba menaip dengan bahasa melayu yang betul. Kecuali ada perkataan yang saya tidak dapat fikir dalam bahasa melayunya. Contohnya adalah post. apakah post dalam bahasa melayu?
Post = Hantar?
Baik. sila teruskan.
Cuti sekolah sudah bermula. selalunya sayalah orang yang paling bersemangat waja apabila cuti.
tetapi kali ini, cuti seperti tidak cuti. kerana stres memikirkan perihal kerja sekolah. tetapi yang peliknya saya tidak menyentuh satupun lagi kerja sekolah saya. pelikkan? haha.
Pengalaman ramadhan saya.
1) Saya mula berpuasa penuh apabila saya berumur 9 tahun.
2) Semasa saya berumur 7 tahun, saya ingat pada waktu itu bulan ramadhan kami kena sekolah. Saya tidak puasa.
3) Semasa saya berumur 8 tahun, saya dengan semangat berkobar-kobar mahu berpuasa penuh walaupun menghidapi masalah demam sikit-sikit dan gatal-gatal satu badan.
Hari ke 29 ramadhan, saya di sahkan demam denggi.
Pada waktu itu, kami mahu pulang ke kampung.
Tetapi kami sekeluarga tidak boleh balik kampung kerana saya terpaksa dikuarintin dalam hospital. huhu.
Saya terpaksa berbuka. Sebenarnya saya tidak mahu berbuka kerana lagi dua hari sahaja lagi saya perlu berpuasa. Tetapi apakan daya, saya dipaksa juga untuk berbuka.
Jadi, pada tahun itu saya hanya berpuasa sebanyak 28 hari. Menyedihkan.
Pada hari ke 30 ramadhan, doktor membenarkan saya pulang ke rumah memandangkan sudah tidak demam kot. Tak ingat pula. Jadi, kami sekeluarga dapat pulang ke kampung. Di kampung, saya berasa malu kerana mama mahu menyuapkan saya makanan di hadapan sepupu-sepupu saya yang puasa. Tapi saya makan aje. Best juga dapat membuat mereka jeles, fikir hati saya.
4) Pada awal tahun darjah 3, saya berlagak dengan satu kelas juga guru kelas saya bahawa saya dimasukkan ke hospital pada akhir ramadhan. Saya dengan semangatnya menerangkan mengapa saya tidak berpuasa penuh pada tahun sebelum itu walaupun tiada orang yang mahu ambil tahu sebenarnya.
5) Pada suatu hari ketika saya berumur 6 tahun rasanya, saya dan aliya bermain kejar-kejar dalam rumah dalam bulan ramadhan. Ketika itu kami sedang berpuasa. sedang saya menunggu kehadiran aliya yang lambat berlari ke tingkat bawah, saya mengambil biskut raya yang ada di atas meja lalu memakannya dengan selamba.
Apabila aliya turun, aliya turut mengambil biskut tersebut. kami memakannya bersama-sama. Sedang kami makan, aliya cakap "eh, bukanke sekarang kite tengah puasa?" saya terkejut lalu menjawab "ha'ahla, lupe pulak!"
Tetapi kami meneruskan sahaja makan biskut itu sampai habis lalu menyambung puasa kami.
6) Suatu masa, kami hendak berbuka. Tunggu punya tunggu, azan tak dengar-dengar pun. Kami sudah resah menunggu azan kerana semua sudah lapar dah terliur melihat segala hidangan di depan mata kami. Lalu abah dengan yakinnya berkata "makan je, mesti dah lama azan, mungkin microphone masjid rosak. abah tengok waktu pun dah lama masuk" Lalu kami berbuka dengan bahagianya.
Sedang kami minum air, terdengar azan...
7) Semasa saya kecil, apabila menunggu waktu berbuka, cawan sudahpun mencecah bibir saya. Hanya tinggal mahu memasukkan air dalam mulut sahaja. Bila terdengar azan aje, terus minum. Cepat dan efisyen kan tindakan saya?
8) Saya sudah mengantuk. Kisah ramadhan ini haruslah saya hentikan demi kemaslahatan semua.
Sekian, wassalam. :D
Yang menjalankan tugas,
Safiahkd
(SAFIAH KD)
Penulis dan pencetus idea,
Safiahkd's blog.
Assalamualaikum..
Found this kat friendster.
haha.
p/s: to my family, please, don't try this at home!! hahahaha..
kalau x bangun jugak
Have a happy Ramadhan!
Kerja kerja.. ohh... huhuh
Yours truly,
Safiahkd
Assalamualaikum.
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
---------------
Today, 2 September 2008, bersamaan 2 Ramadhan 1429.
Al-Fatihah kepada arwah pakcik Tarmidi Tamsir, ayah Alifah, yang kembali ke rahmatullah lebih kurang pukul 6.40 pagi tadi.
Takziah kepada Alifah sekeluarga.
Athma.
He was indeed a great man.
tenang, serius, baik je.
Meninggal dunia pun dalam bulan mulia, bulan ramadhan, bulan yang dihentikan siksaan kubur.
memang emosi tak berapa nak tenteram hari nih.
sebab sangat2 terkejut.
berasa lega sikit bila tengok alifah dapat kawal diri die.. tenang je tadi.
so strong :)
Sangat tabah.
be strong my dear Alifah, La Tahzan Innallahama'ana..
Hidup mesti diteruskan!
hmmmh..
esok sekolah.
Love,
Safiahkd
Assalamualaikum..
Semalam pukul 12 mlm ade bunga api sebab hari ni merdeka.
Well, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51 Malaysia..
ok.
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!!
Gembira kan ramadhan?
- Seronok perasaan solat terawih.
- Seronok perasaan sahur.
- Seronok perasaan masa puasa.
- Seronok perasaan berbuka.
- Seronok perasaan nak tilawah banyak2.
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
agar dapat ku lalui dengan sempurna..
:D
(^___^)
Last but not least,
Selamat menyambut Ramadhan!!
Love,
safiahkd
Assalamualaikum..
he he he..
lagi skali post takde motif bagi menghilangkan kebosanan di kala malam sunyi sepi (tipu sunyi, padehal tengah denga nasyid hijjaz munajat seorang hamba)
Tajuk post pun diambil sempena.. err.. ntah. ternampak beg kertas kat sebelah nih. hehehe.
Comelkan cawan di atas? Nama dia jojo. Cawan tuh adelah hadiah besday saye mase form1. Sekarang cawan tuh penuh dengan duit2 syiling baki masa balik dari sekolah. hehehe.
Sebenarnye cawan tuh ada kepala die.. tapi hanaa dah hilangkan.
Ramadhan tinggal 10 hari lagi!!
wah wah..
Ahlan wasahlan ya Ramadhan (^_____^)
Oh ye.. abah ade download satu video kanak2 pasal Ramadhan dari youtube..
Tajuk die Ramadhan el Sana Di.. Best sangat.. comel. :D sedap pulak tu lagu die..
penyakit M iaitu Malas tak penah nak hilang.
gagaga.
babai.
Yours Faithfully,
Safiahkd