8 posts tagged “memories”
Assalamualaikum..
Assalamualaikum..
ehem.
berkenaan tajuk post.
sila doakan saya berjaya habiskan ubat... huhu. pil tu besar sangatla..
ehem.
hari jumaat lepas sampai hari isnin, saye pergi mukhayyam yang terakhir buat kami, pelajar form 5..
mukhayyam last.. huwaa.. lepas ni xde mukhayyam lagi.. huhu..
hmm xpe. tabah.
mukhayyam form 5 sangat sangat sangat lah best! amat2 bermakna.. takleh nak digambarkan dengan kata2.
banyak sangat input berguna yang kami dapat.
terasa sangat bahagia bile bersama2 dengan kawan2 satu batch.. tahun terakhir nih..
huhu.. sayu la pulak... hmm..
sebenarnye nak cerita pasal camping tuh, tapi tak dapat gamba lagi.. so nanti dulu la.. hehe.
saye dah pandai tukar tayar!!!!!! (jakon2..) yep, tukar tayar kete is one of our task semasa program kembara kami..
susah tu memangla susah.. mencabar sangat. tapi best sangat! pengalaman baru.. hoho..
emm.. ok2 nnt la.. nak gamba mukhayyam... huu..
Alexa - Jangan Kau Lepas
Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kau ku dan jangan kau lepaskanku darimu…Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak disiniKu takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak disiniIzinkan aku…, berlutut mengharap
Kau tuk kembali
Izinkan aku…, berharap dirimu
Kembali, dan kembali, dan kembali lagiPeluklah diriku dan jangan kau lepas
Kau ku dan jangan kau lepaskankan ku
Darimu…Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kau ku dan jangan kau lepaskankan ku
Darimu…Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak disiniIzinkan aku…, berlutut mengharap
Kau tuk kembaliIzinkan aku…, berharap dirimuKembali, dan kembali, dan kembali lagiPeluklah diriku dan jangan kau lepas
Kau ku dan jangan kau lepaskankan ku
Darimu…Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kau ku dan jangan kau lepaskankan ku
Darimu… [2x]
esok kelas tambahan.. uhuk.
oh ye.. lupe nak cakap..
happy belated birthday to huda n fathimah! hehehe.. (nak jugak sebut dalam blog uh..)
oh n to my sister nuha..
semoga korang sentiasa hidup dalam rahmat dan keredhaan Allah.. ameen..
salam..
love,
safiahkd
Assalamualaikum.
Fakta mengenai hp ini
1. ni hp mama sebenarnye.
2. dah banyak kali rosak2. last2 mama beli hp baru n saye mendapat hp ini.
3. henfon ni berat. pernah jatuh atas bibir saya waktu saya mesej masa tgh baring2. sakit. bibir berdarah.
4. dah banyak kali dicampak oleh hanaa.
5. dah banyak kali jatuh katil/meja. tuan die ganas gak rupenye.
kenapa hp ni xleh gune dah?
-kamera 2mp yang banyak berjasa (err pada mama kot, saye tak gune sangat) xleh gune dah.
-mule2 butang end call xleh tekan, pastu butang call, pastu butang option and last skali butang back yang tak boleh gune terus pagi tadi akibat jatuh. wahaha.
kenapa saya suke hp ni?
boleh dengar lagu. wahaha. tu jek. hahahaa
boleh simpan bunyi yang boleh dijadikan bunyi mesej seperti "selamat pagi cikgu!" daripada cerita upin dan ipin.
juga lagu permataku yang dijadikan ringtone.
oh dan jugak lagu Look Into My Eyes drpd Outlandish yang dijadikan bunyik alarm pagi2 yang tidak membuat orang tertekan bila bangun pagi.
saya juga suke hp ni sebab ni hp pertama saye.
sekarang saye menggunakan hp aliya. hehe ribuan terime kasih buat aliya. harap bersabar.
ade sesape nak sponsor hp? wahaha.
-------------------------------------------------------------
al-fatihah buat nenek huda arshad yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.
pernah jumpe n berbual2 jap ngan nenek huda waktu tido umah die hari tuh.
innalillahi wainna ilaihi raaji'uun.
-------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------
tadi pegi starhill. first time woh. jakun. wahaha.
best sangat men gelongsor.
oh dan. muka rasa cam terbakar. panas. dah lama tak kuar. hahaha.
babai!
Love,
safiahkd
Assalamualaikum.
hmm pagi-pagi gini bile tak boleh tido mulelah berangan.
teringat zaman kecik-kecik dulu..
dulu masa sekolah rendah, ade satu permainan ni. takde tajuk ah game ni. jadi saye namakan game ni sebagai "Game Cari Hantu".
Dulu masa sekolah rendah mana reti fikir lagi. Main game ni lebih kurang camnihla..
Kite pegang tangan kawan kite.. suruh die tutup mata. pastu tanya soalan macam "siapa nama awak" dan "siapa nama mak awak" dan sebagainya.
Memang takde motifla soalan tu. sekarang baru terfikir yang soalan tu sume xde kaitan. satu je soalan yang ade kaitan ngan game ni iaitu "Awak nak hantu apa.."
hahaha.
boleh pulak nak pilih hantu apa.
(err sekarang pukul 3 pagi.. tibe2 seram. hukhuk)
Okeh sambung cerita.
Bila kawan kite dah pilih hantu apa, suruh die tutup mata rapat2 n kite tolong tutupkan mata die guna tapak tangan kita.
Nescaya die akan nampak hantu tuh.
hahah. boleh pulak aku percaya game nih dulu?!! apekah?!
Dulu saya test. tapi saya xpenah nampak ape2. gelap je. hmm maybe imagination time tu tak cukup tinggi lagi nak nampak hantu sebab jarang tengok cite hantu sebab penakut. (sampai sekarang pun penakut..)
Pada suatu hari, waktu tu baru balik dari sekolah.
Saya main benda ni ngan adik saya, Aliya (haha aya, mesti aya dah tak ingat mende nih).
Safiah: Awak nak hantu ape..(sambil buat nada konon2 seram)
Aliya: aaa hantu pocong.
Safiah: skang, tutup mata aya rapat2.. cube tengok.. nampak x??
Aliya: *tutup mata rapat2.. diam...* hmm...
Safiah: nampak tak aya?? (tanya penuh semangat)
Aliya: nampak2..
Safiah: nampak hantu apa??
Aliya: tak nampak hantu pun.. nampak cicak.
hampeh. game ni penipu!
(aliya lagi hampeh. spoil jek. boleh pulak nampak cicak tibe2.. apekah... hahahaha)
-------------------
Pagi tadi pegi amek result kat sekolah. result ps2.
pasrah.
Addmath - 5C
Math - 6C
hah. gelaklah.
-------------------
Semalam pegi meeting xpert kat pejabat JIM.
lepas meeting ade program. tak ingat apa nama die walaupun Hani dah bape banyak kali ulang ape nama die.
best. heheh.
Oleh Ummiroses. :)
-------------------
Saye nak pegi tengok cerita jepun ngan aya. hehehehe.
Love,
Safiahkd
Assalamualaikum.
Tiba-tiba saya berasa mahu menambah sebuah post di laman web ini.
Kali ini akan saya cuba menaip dengan bahasa melayu yang betul. Kecuali ada perkataan yang saya tidak dapat fikir dalam bahasa melayunya. Contohnya adalah post. apakah post dalam bahasa melayu?
Post = Hantar?
Baik. sila teruskan.
Cuti sekolah sudah bermula. selalunya sayalah orang yang paling bersemangat waja apabila cuti.
tetapi kali ini, cuti seperti tidak cuti. kerana stres memikirkan perihal kerja sekolah. tetapi yang peliknya saya tidak menyentuh satupun lagi kerja sekolah saya. pelikkan? haha.
Pengalaman ramadhan saya.
1) Saya mula berpuasa penuh apabila saya berumur 9 tahun.
2) Semasa saya berumur 7 tahun, saya ingat pada waktu itu bulan ramadhan kami kena sekolah. Saya tidak puasa.
3) Semasa saya berumur 8 tahun, saya dengan semangat berkobar-kobar mahu berpuasa penuh walaupun menghidapi masalah demam sikit-sikit dan gatal-gatal satu badan.
Hari ke 29 ramadhan, saya di sahkan demam denggi.
Pada waktu itu, kami mahu pulang ke kampung.
Tetapi kami sekeluarga tidak boleh balik kampung kerana saya terpaksa dikuarintin dalam hospital. huhu.
Saya terpaksa berbuka. Sebenarnya saya tidak mahu berbuka kerana lagi dua hari sahaja lagi saya perlu berpuasa. Tetapi apakan daya, saya dipaksa juga untuk berbuka.
Jadi, pada tahun itu saya hanya berpuasa sebanyak 28 hari. Menyedihkan.
Pada hari ke 30 ramadhan, doktor membenarkan saya pulang ke rumah memandangkan sudah tidak demam kot. Tak ingat pula. Jadi, kami sekeluarga dapat pulang ke kampung. Di kampung, saya berasa malu kerana mama mahu menyuapkan saya makanan di hadapan sepupu-sepupu saya yang puasa. Tapi saya makan aje. Best juga dapat membuat mereka jeles, fikir hati saya.
4) Pada awal tahun darjah 3, saya berlagak dengan satu kelas juga guru kelas saya bahawa saya dimasukkan ke hospital pada akhir ramadhan. Saya dengan semangatnya menerangkan mengapa saya tidak berpuasa penuh pada tahun sebelum itu walaupun tiada orang yang mahu ambil tahu sebenarnya.
5) Pada suatu hari ketika saya berumur 6 tahun rasanya, saya dan aliya bermain kejar-kejar dalam rumah dalam bulan ramadhan. Ketika itu kami sedang berpuasa. sedang saya menunggu kehadiran aliya yang lambat berlari ke tingkat bawah, saya mengambil biskut raya yang ada di atas meja lalu memakannya dengan selamba.
Apabila aliya turun, aliya turut mengambil biskut tersebut. kami memakannya bersama-sama. Sedang kami makan, aliya cakap "eh, bukanke sekarang kite tengah puasa?" saya terkejut lalu menjawab "ha'ahla, lupe pulak!"
Tetapi kami meneruskan sahaja makan biskut itu sampai habis lalu menyambung puasa kami.
6) Suatu masa, kami hendak berbuka. Tunggu punya tunggu, azan tak dengar-dengar pun. Kami sudah resah menunggu azan kerana semua sudah lapar dah terliur melihat segala hidangan di depan mata kami. Lalu abah dengan yakinnya berkata "makan je, mesti dah lama azan, mungkin microphone masjid rosak. abah tengok waktu pun dah lama masuk" Lalu kami berbuka dengan bahagianya.
Sedang kami minum air, terdengar azan...
7) Semasa saya kecil, apabila menunggu waktu berbuka, cawan sudahpun mencecah bibir saya. Hanya tinggal mahu memasukkan air dalam mulut sahaja. Bila terdengar azan aje, terus minum. Cepat dan efisyen kan tindakan saya?
8) Saya sudah mengantuk. Kisah ramadhan ini haruslah saya hentikan demi kemaslahatan semua.
Sekian, wassalam. :D
Yang menjalankan tugas,
Safiahkd
(SAFIAH KD)
Penulis dan pencetus idea,
Safiahkd's blog.
Assalamualaikum..
Hmm..
Hari ini hari jumaat.
saya tak pegi sekolah.
abah, mama n hanaa kat mesir.
hasanah kat mesir.
maimunah kat australia.
suhaib, uswah, ahmad, safiah, hayat n nuha kat umah.
aliya kat sekolah, qiam.
solehah camping.
alifah jadi fesi solehah. mukhayyam.
tadi saye tengok tv. mase petang2. ade cite sunsilk impian. festime tengok. tak faham pun cerite die.
pastu tengah menonton, tibe2 ternampak muke sorang pelakon ni sebijik cam muke my cousin, abg dahari.
harharhar.. (ika jangan gelak eh)
pastu terkesima jap. pastu tengok lame2. macam abg dahari! sebijik! panggil2 ahmad..
"Amad! amad! orang ni abg dahari ke?? sebijik nye! xkanla abg dahari dah jadik pelakon dah skang??!"
malangnya amad busy menelefon orang. tak layan ape saye cakap.
saye melayan kejakonan berseorangan. isk, sebijik uh muke abg dahari.
Suhaib balik umah. saye panggil2 suhaib.
"Suhaib, adekah abg dahari dah jadik pelakon skang?? kenape muke die ade dlm cite nih tadi?"
suhaib dengan pelik berkate
"eh? yeke? kalo ade muke die lagi panggil suhaib"
pastu saye sambung jela tengok cite tuh..
n bile scene ade muke "abg dahari" tuh saye panggil2 la suhaib dengan jakonnye..
"suhaib!!! tengok ni!! muke die macam abg dahari!"
tapi.. bile tengok2 betul2.. rupe2nye lain jugakla.. salah orang rupenye.. kwang3..
suweb pun berkate "CEH!" lalu meninggalkan diriku berseorangan di depan tv. harhar.
cemane saye leh terfikir yang orang tuh abg dahari? sebab dulu abg dahari penah masuk dalam cite ape ntah x ingat ape tajuk die.. yang pengarah die ahmad idham, my cousin gak. sebenarnye x, tapi die kawen ngan cousin saye, so die jadik my cousin gak..
My cousins and me.. :D masa raya 2006. abg dahari yang tengah duduk atas kusi kat kiri sekali sebelah hayat.
this is just cousins. tak termasuk pakcik2 n makcik2 and anak2 sedare n ipar2.. kecuali sorang.. kak amy tengah dukung anak die coz anak die xleh berpisah ngan mak die.. hehehe :D
hehehe.. seronokla pulak nak share gambo mase raye dulu..
nak letak gambo len pulaklah..
oh, cicit atuk yang paling tue tahun ni berumur 17 tahun. wah.. dah besar.. Afiq. yang sedang berdiri dalam gambo memegang kintan myra (sepupu die, merangkap anak sepupu saye). Walaupun die lagi tue dari saye, die tetap panggil saye makcik. cis!
kamera telah dicuri bersama-sama dengan dompet kesayangan saya (yang sebenarnye dompet uswah) bersama segala isinya (duit raya, ic, duit raya, sampul duit raya kosong, duit raya!! huhu)
dompet (dalam genggaman tangan) kesayangan ku tinggal hanya kenangan.. walaupun kau hanyalah purse uswah yang dirembat. aku cinta... ohhh.. hahahah :P
gambo ni adelah semase hari pertunangan hasanah. waktu ni bulan 5. majlis pertunangan tapi orang yang bertunang due2 ade kat mesir. xsempat saye makan coklat2 hantaran, bebudak dah habis makan. cis! haha...
ok~ this is my beloved family :D lengkap. satu2nya gamba lengkap. sangat rindu time nih. time keluarga kami lengkap 13 orang. bile lagi nak lengkap camnih?? n lepas ni gambo kuarge dah bertambah ahli..
Saye kesunyian. selalu time camnih nak buli hanaa. huwaa rindu hanaa.
kepada mama, abah, hasanah, hanaa yang sedang berada di cairo, nak gambola....
nak gamba nak gamba nak gamba nak gamba...
Masa saya hari ni dihabiskan dengan KOMPUTER sahaja..
eh ade jugakla tv.. huhu..
rindu nak cakap ngan alifah. hehehe
Lots of Love,
Safiahkd
Assalamualaikum..
5 Hari tak keluar rumah.
hebat tak?
takle hebat sangat pun.. dulu penah lagi lame..
hmmh
hari ni nak cerita pasal ape?
letak gamba jela hari ni.. malas nak cerite ape2.. sebenarnye takde cerite pun.. heheh
Kepade kakak2ku yang berada di Egypt dan Australia.. janganla rindu2 rumah.. Piah letak gamba halaman umah kite nih.. Yang atas kete mainan Hanaa tuh Asma'.. Yang tengah lari tu Ahmad Yasin. Yang tengah duduk2 kat luar tuh.. err.. ntah.. Yang kat pintu tu me :D (tengah carik selipar) Dan itulah buaian di bawah pokok jambu. Dan pokok rambutan sebelah pokok jambu..
Love this pic.. mase jadi fesi mukhayyam darjah 6 tahun lepas.. ingat lagi saye penah berlari2 mase turun bukit belakang tuh.. Semangat sangat lari sebab nak bawak air untuk budak pitam.. Sekali tergelincir n then jatuh terbaring terus.. Dahle mase tu tengah taklimat mukhayyam.. Pastu ramai2 pusing belakang tengok saye yang tergolek jatuh.. Pergh.. malu abes! Tapi kelakar la sebab ust baru je ingatkan jangan lari, nanti jatuh.. skali memang betul2 jatuh.. hahahah..
---
Oleh kerana gambar2 banyak sangat2 yang dah hilang disebabkan kerosakan hard disk.. (huhuhuhuh), so tak banyak gamba yang boleh diletak lagi.. Nak gamba.. nak gamba..
Bile tengok balik gamba2 memang best.. ingat balik kisah dulu2.. eceh..
Baru tersedar tajuk kat atas tuh..
Tajuk di atas memang takde kaitan.. Takde idea nak letak title ape untuk post ni.. heheh..
Love,
Safiahkd
Assalamualaikum..
Saya ingat nak post nih masa 31/12/07, tapi memandangkan saya ada kat sekolah mase tuh, saya nak tulis jugak sekarang.
2007. dah nak pergi. arghh tahun depan form4 pulak. pastu tahun depan lagi form5. alaa xbestnyee. xbest xbest.
ok actually tiap2 tahun saya rasa macam xnak lepaskan tahun lepas2. macam masa form2, saya xnak sangat masuk form2. saya rindu masa 13 tahun. 14 tahun rasa macam pelik sangat3. tapi bile dah berlalu form2, rasa masa form2 lah yang paling amat2 best sekali. bile masuk form3, rasa macam tension sangat2. dahle ade pmr. pastu umur 15 tahun. nombor xlawa. haha tentibe. rase cam xnak lepaskan umur 14 tahun. tapi bile nak masuk form4 nih, rasa macam nak jek stay form3. xkesahla ade pmr ke x.. huhuh. ceh padehal mase form3 punyela xsabar2 tunggu pmr nak abes..
ok soo mari kita mengimbau kembali kenangan 2007.
Januari
Err xingat pulak tarikh ape kita mula sekolah. yang pasti masa akhir tahun lepas, bulan disember, ade kelas tambahan. tapi saya pegi 2 hari jek sebab demam. dan juga banjir. so sebenarnye kelas tambahan tahun lepas macam xde makna just sempat habiskan bab 1 sejarah n start projek kayu (yang saya amatlah benci).
Januari, masuk kelas baru. tak biasa sangat belajar dalam kelas tuh. Suasana lain. Orang lain.
Februari
12 Feb - besday mama, hanta munah pegi aussie
14 Feb - hayat's birthday.
17 Feb - Jamuan 2 Thiqah!! ingatkan pelik sangat sebab kami buat jamuan lambat sangat. cam lawak jek. tapi rerupanya banyak lagi kelas yang buat jamuan lambat.. ceh. Masa jamuan nih, terharu sangat2. rindu sangat ngan semua. rindu dengan 2 thiqah. rindu dengan pelajar2 2 thiqah. rindula sangat2.
Hari tuh jugak ade qiam statik. tido kat dalam khemah.
22 Feb - Mukhayyam mula. Masa mula2, semua xpuas hati sebab tarikh macam xsesuai. awal sangat. semua xsedia lagi. so mase awal2 pagi tuh, semua orang xsemangat langsung nak pegi mukhayyam. sekali bile dah pegi, BEST sangat3. xleh lupe pengalaman mase mukhayyam yang amatla best tuh.. huaa
Mac
19 Mac - Setara PMR start. gagaga. saya dapat.. bape A ah? 3 kot.
24 Mac - Setara PMR abes, Sukan pulak!! kat stadium larkin. best sangat3!! melepaskan tension baru abes pekse dengan menjerit2 kat stadium tuh. Pastu suara hilang. sedap jek bunyi suara rock. heheh.
30 Mac - Hanaa turns 1 :D
31 Mac - Malam Galaksi Hidayah at Persada Johor. best.. :D teringat peristiwa chicken/keychain nenek.. heheh..
April
1 Apr - Farah Sofia
4 Apr - Shifaa
8 Apr - Motivasi PMR. ahh bosan2 jek..
9 Apr - Aisyah Ismail :D
12 Apr - ape jadik hari nih?
20 Apr - Maziah bahagia jek hari nih. Hari tu saya and Fathimah tido umah Alifah.
21 Apr - Woke up, sakit perut xleh nak baring, kene tekan perut jek. Nangis2 sebab xtahan. Fathimah n Alifah dah cuak. Bukak buku bio. hahah. Call my father. Mama amek saya. Bawak terus pegi hospital. Cek2, ade appendix. terus kene operate hari tuh jugak. argh. baru tahun lepas operate, kene operate lagi.. xdapat pegi ihtifal SMIH.
22 Apr - Masih di PSH. bosan jek. eh dapat coklat.. best :D
23 Apr - Kawan2 datang melawat. Alifah main2 control kat katil tuh. jakon. hahah. naikkan, turunkan. ulang2. dapat coklAt dari derang. best3. Pastu balik umah. Jakun ade parut kat perut. Seminggu cuti. heheh.
28 Apr - pegi sekolah setelah sekian lame terperap kat umah. Jalinan Mesra.
Mei
2 Mei - Appointment PSH.
4 Mei - Studython. pergh tension sangat. belajaaar jek.. tapi dapat pengalaman best :D
5 Mei - Studython. ehem3
6 Mei - Studython. besday Nad. :D
14 Mei - Siti Fatimah or Fatimah Siti. hahah semua dah terpengaruh ngan saya panggil die fatimah siti.
16 Mei - Teachers Day! buat card hari guru yang lawo. heheh
17 Mei - Hani :D and Fairuz, my cousin. Dan hari nih PS1 bermula.. erk..
21 Mei - Setara PMR 2
24 Mei - Ahmad's birthday
26 Mei - Cuti!! Massitah's besday, Mukhayyam drjh 6.
27 & 28 Mei - Mukhayyam darjah 6.
Jun
4 Jun - Pegi umah Alifah, tolong2 untuk wedding abg die.
6 Jun - Asyraf's (my cousin).
7 Jun - Aisyah siti.
8 Jun - Maryam Nasihah (ahh rindunye diee.. :D)
10 Jun - Wedding abang Alifah, Hazirah's besday.
11 Jun - Sekolah setelah 2 minggu cuti.
16 Jun - Nadhirah R
17 Jun - Afiqah Z
18 Jun - Nik Aqilah
19 Jun - Huda :D
26 Jun - Fathimah ^_^
Julai
21 Jul - Raden Qurratu Aini
26 Jul - Mas Amalina
29 Jul - Adik Ili Syazwani. haha adik~
30 Jul - Kak Farzana cik spek baru.
31 Jul - Kembar ain aini
Ogos
1 Ogos - MINE!! ok mase hari tuh, cd2 tarikh2 birthday baru ditampal dalam kelas. So satu kelas tengok kat cd tuh(yela, bende baru, mesti semua nak tengok). dan semua tau hari tuh besday saya. hahahah. Masa sivik alifah panggil saya n nyanyi hepi besday same tasnim (fathimah xdapat nak nyanyi sebab xde suara). heheheh.. and dapat hadiah best3 :D :D dan first time time besday saya bukan waktu pekse!!!!
2 Ogos - Raziq. kepada fathimah. nih bukan raziq-suara-sedap-ehem-ehem tuh. nih sepupu ana. heheh. budak kecik comel. eh lupe lak. die bukan sepupu. die anak kepada sepupu ana. hahah.
6 Ogos - Alifah ^__^ Trial PMR dalam dewan. seram2 ayam.
7 Ogos - Fatihah
12 Ogos - Kak Tasnim. dah melekat pulak kak kat die. padehal lagi muda. muda 12 hari jek..
13 Ogos - Solehah's besday.
14 Ogos - Hanan comel
20 Ogos - Asiyyah. rindu ah die..
22 Ogos - Uswah's besday
26 Ogos - Suhaib's.
bulan ogos nih pokai sebab asyik nak beli hadiah jek.
September
13 Sept - Puasa
22 Sept - Aqilah M, klinik science
--- Sept - Klinik BM. xingat tarikh..
bulan nih dah seram2 (xler sangat sebenarnye) dah nak PMR. tengok countdown dalam kelas rasa dah cuak (err tipu jek). haha. latih tubi sume buat habis2an.
Oktober
1 Okt - PMR mula!!!
4 Okt - Abah's besday
6 Okt - ESQ angkatan 1 jb teens. ATS
7 Okt - Hasanah's besday
9 Okt - Ponteng beramai2
12 Okt - Fahna
13 Okt - Raya :D
19 Okt - Maimunah & Hafizah
24 Okt - Hidayah
26 Okt - ade taklimat untuk form4 2008..
30 Okt - Sukan form3, Qiam form3. best sangat!!
31 Okt - Rehlah form3 ^_____^
November
1 Nov - Rehlah form3 ^______^
5 Nov - Bowling form3, tido umah Alifah. first time pegi cc..
11 Nov - Aliya's besday
12 Nov - Debt Project bermula!!
14 Nov - Tido umah Aisyah.. best :D
15 Nov - keputusan upsr keluar..
17, 18, 19 Nov - Xrek National. best3. Remaja... Kental!!!
19 Nov - KL jap.
20, 21, 22 Nov - Kedah, Perak.
Disember
6 Dis - Rabiatul Adawiyah
7 Dis - Aisyah. alamak teringan coklat mars. heheh.
9 Dis - Munah sampai dari aussie. pukul 9pagi ade TOT kat pejabat jim.
13 Dis - TOT lagi sampai pukul 12 malam.
14 Dis - TOT lagi.. bereskan semua..
15 & 16 Dis - XrekJ best :D
17 Dis - ESQ Teens. ATS. ponteng sehari. hehe.
18 Dis - ponteng ats.. pukul 9 malam pegi pejabat jim ade postmorterm xrekj.
20 Dis - Raya Haji
27 Dis - Hari paling mendebarkan.. Keputusan PMR.
28 Dis - Semalam. meeting orientasi. tolong ustazah kat library. beeessstt.. walaupun penat sangat2. Sakinah R 's besday. pergh boleh lupe nak wish die.. isk3.
29 Dis - Hari nih. Siapkan klu untuk orientasi form1..
(dalam rancangan)
30 Dis - Petang pegi umah Alifah, malam tido sekolah. meeting orientasi
31 Dis & 1 Jan - Orientasi form 1
Januari 2008
3 Jan - Back to school. Orientasi form4. bla2.
Tahun nih. Ahh banyaknye kenangan.. Banyak lagi mende saya xmasukkan kat atas. tentibe rindu pulak sume ntri2 saya kat efx.. kenangannn.. huaa
Semoga Tahun Depan Jadi Lebih+++ Baik Daripada Tahun ni. Insya Allah. Ameen.
Love,
Safiahkd