Assalamualaikum..
Saya ingat nak post nih masa 31/12/07, tapi memandangkan saya ada kat sekolah mase tuh, saya nak tulis jugak sekarang.
2007. dah nak pergi. arghh tahun depan form4 pulak. pastu tahun depan lagi form5. alaa xbestnyee. xbest xbest.
ok actually tiap2 tahun saya rasa macam xnak lepaskan tahun lepas2. macam masa form2, saya xnak sangat masuk form2. saya rindu masa 13 tahun. 14 tahun rasa macam pelik sangat3. tapi bile dah berlalu form2, rasa masa form2 lah yang paling amat2 best sekali. bile masuk form3, rasa macam tension sangat2. dahle ade pmr. pastu umur 15 tahun. nombor xlawa. haha tentibe. rase cam xnak lepaskan umur 14 tahun. tapi bile nak masuk form4 nih, rasa macam nak jek stay form3. xkesahla ade pmr ke x.. huhuh. ceh padehal mase form3 punyela xsabar2 tunggu pmr nak abes..
ok soo mari kita mengimbau kembali kenangan 2007.
Januari
Err xingat pulak tarikh ape kita mula sekolah. yang pasti masa akhir tahun lepas, bulan disember, ade kelas tambahan. tapi saya pegi 2 hari jek sebab demam. dan juga banjir. so sebenarnye kelas tambahan tahun lepas macam xde makna just sempat habiskan bab 1 sejarah n start projek kayu (yang saya amatlah benci).
Januari, masuk kelas baru. tak biasa sangat belajar dalam kelas tuh. Suasana lain. Orang lain.
Februari
12 Feb - besday mama, hanta munah pegi aussie
14 Feb - hayat's birthday.
17 Feb - Jamuan 2 Thiqah!! ingatkan pelik sangat sebab kami buat jamuan lambat sangat. cam lawak jek. tapi rerupanya banyak lagi kelas yang buat jamuan lambat.. ceh. Masa jamuan nih, terharu sangat2. rindu sangat ngan semua. rindu dengan 2 thiqah. rindu dengan pelajar2 2 thiqah. rindula sangat2.
Hari tuh jugak ade qiam statik. tido kat dalam khemah.
22 Feb - Mukhayyam mula. Masa mula2, semua xpuas hati sebab tarikh macam xsesuai. awal sangat. semua xsedia lagi. so mase awal2 pagi tuh, semua orang xsemangat langsung nak pegi mukhayyam. sekali bile dah pegi, BEST sangat3. xleh lupe pengalaman mase mukhayyam yang amatla best tuh.. huaa
Mac
19 Mac - Setara PMR start. gagaga. saya dapat.. bape A ah? 3 kot.
24 Mac - Setara PMR abes, Sukan pulak!! kat stadium larkin. best sangat3!! melepaskan tension baru abes pekse dengan menjerit2 kat stadium tuh. Pastu suara hilang. sedap jek bunyi suara rock. heheh.
30 Mac - Hanaa turns 1 :D
31 Mac - Malam Galaksi Hidayah at Persada Johor. best.. :D teringat peristiwa chicken/keychain nenek.. heheh..
April
1 Apr - Farah Sofia
4 Apr - Shifaa
8 Apr - Motivasi PMR. ahh bosan2 jek..
9 Apr - Aisyah Ismail :D
12 Apr - ape jadik hari nih?
20 Apr - Maziah bahagia jek hari nih. Hari tu saya and Fathimah tido umah Alifah.
21 Apr - Woke up, sakit perut xleh nak baring, kene tekan perut jek. Nangis2 sebab xtahan. Fathimah n Alifah dah cuak. Bukak buku bio. hahah. Call my father. Mama amek saya. Bawak terus pegi hospital. Cek2, ade appendix. terus kene operate hari tuh jugak. argh. baru tahun lepas operate, kene operate lagi.. xdapat pegi ihtifal SMIH.
22 Apr - Masih di PSH. bosan jek. eh dapat coklat.. best :D
23 Apr - Kawan2 datang melawat. Alifah main2 control kat katil tuh. jakon. hahah. naikkan, turunkan. ulang2. dapat coklAt dari derang. best3. Pastu balik umah. Jakun ade parut kat perut. Seminggu cuti. heheh.
28 Apr - pegi sekolah setelah sekian lame terperap kat umah. Jalinan Mesra.
Mei
2 Mei - Appointment PSH.
4 Mei - Studython. pergh tension sangat. belajaaar jek.. tapi dapat pengalaman best :D
5 Mei - Studython. ehem3
6 Mei - Studython. besday Nad. :D
14 Mei - Siti Fatimah or Fatimah Siti. hahah semua dah terpengaruh ngan saya panggil die fatimah siti.
16 Mei - Teachers Day! buat card hari guru yang lawo. heheh
17 Mei - Hani :D and Fairuz, my cousin. Dan hari nih PS1 bermula.. erk..
21 Mei - Setara PMR 2
24 Mei - Ahmad's birthday
26 Mei - Cuti!! Massitah's besday, Mukhayyam drjh 6.
27 & 28 Mei - Mukhayyam darjah 6.
Jun
4 Jun - Pegi umah Alifah, tolong2 untuk wedding abg die.
6 Jun - Asyraf's (my cousin).
7 Jun - Aisyah siti.
8 Jun - Maryam Nasihah (ahh rindunye diee.. :D)
10 Jun - Wedding abang Alifah, Hazirah's besday.
11 Jun - Sekolah setelah 2 minggu cuti.
16 Jun - Nadhirah R
17 Jun - Afiqah Z
18 Jun - Nik Aqilah
19 Jun - Huda :D
26 Jun - Fathimah ^_^
Julai
21 Jul - Raden Qurratu Aini
26 Jul - Mas Amalina
29 Jul - Adik Ili Syazwani. haha adik~
30 Jul - Kak Farzana cik spek baru.
31 Jul - Kembar ain aini
Ogos
1 Ogos - MINE!! ok mase hari tuh, cd2 tarikh2 birthday baru ditampal dalam kelas. So satu kelas tengok kat cd tuh(yela, bende baru, mesti semua nak tengok). dan semua tau hari tuh besday saya. hahahah. Masa sivik alifah panggil saya n nyanyi hepi besday same tasnim (fathimah xdapat nak nyanyi sebab xde suara). heheheh.. and dapat hadiah best3 :D :D dan first time time besday saya bukan waktu pekse!!!!
2 Ogos - Raziq. kepada fathimah. nih bukan raziq-suara-sedap-ehem-ehem tuh. nih sepupu ana. heheh. budak kecik comel. eh lupe lak. die bukan sepupu. die anak kepada sepupu ana. hahah.
6 Ogos - Alifah ^__^ Trial PMR dalam dewan. seram2 ayam.
7 Ogos - Fatihah
12 Ogos - Kak Tasnim. dah melekat pulak kak kat die. padehal lagi muda. muda 12 hari jek..
13 Ogos - Solehah's besday.
14 Ogos - Hanan comel
20 Ogos - Asiyyah. rindu ah die..
22 Ogos - Uswah's besday
26 Ogos - Suhaib's.
bulan ogos nih pokai sebab asyik nak beli hadiah jek.
September
13 Sept - Puasa
22 Sept - Aqilah M, klinik science
--- Sept - Klinik BM. xingat tarikh..
bulan nih dah seram2 (xler sangat sebenarnye) dah nak PMR. tengok countdown dalam kelas rasa dah cuak (err tipu jek). haha. latih tubi sume buat habis2an.
Oktober
1 Okt - PMR mula!!!
4 Okt - Abah's besday
6 Okt - ESQ angkatan 1 jb teens. ATS
7 Okt - Hasanah's besday
9 Okt - Ponteng beramai2
12 Okt - Fahna
13 Okt - Raya :D
19 Okt - Maimunah & Hafizah
24 Okt - Hidayah
26 Okt - ade taklimat untuk form4 2008..
30 Okt - Sukan form3, Qiam form3. best sangat!!
31 Okt - Rehlah form3 ^_____^
November
1 Nov - Rehlah form3 ^______^
5 Nov - Bowling form3, tido umah Alifah. first time pegi cc..
11 Nov - Aliya's besday
12 Nov - Debt Project bermula!!
14 Nov - Tido umah Aisyah.. best :D
15 Nov - keputusan upsr keluar..
17, 18, 19 Nov - Xrek National. best3. Remaja... Kental!!!
19 Nov - KL jap.
20, 21, 22 Nov - Kedah, Perak.
Disember
6 Dis - Rabiatul Adawiyah
7 Dis - Aisyah. alamak teringan coklat mars. heheh.
9 Dis - Munah sampai dari aussie. pukul 9pagi ade TOT kat pejabat jim.
13 Dis - TOT lagi sampai pukul 12 malam.
14 Dis - TOT lagi.. bereskan semua..
15 & 16 Dis - XrekJ best :D
17 Dis - ESQ Teens. ATS. ponteng sehari. hehe.
18 Dis - ponteng ats.. pukul 9 malam pegi pejabat jim ade postmorterm xrekj.
20 Dis - Raya Haji
27 Dis - Hari paling mendebarkan.. Keputusan PMR.
28 Dis - Semalam. meeting orientasi. tolong ustazah kat library. beeessstt.. walaupun penat sangat2. Sakinah R 's besday. pergh boleh lupe nak wish die.. isk3.
29 Dis - Hari nih. Siapkan klu untuk orientasi form1..
(dalam rancangan)
30 Dis - Petang pegi umah Alifah, malam tido sekolah. meeting orientasi
31 Dis & 1 Jan - Orientasi form 1
Januari 2008
3 Jan - Back to school. Orientasi form4. bla2.
Tahun nih. Ahh banyaknye kenangan.. Banyak lagi mende saya xmasukkan kat atas. tentibe rindu pulak sume ntri2 saya kat efx.. kenangannn.. huaa
Semoga Tahun Depan Jadi Lebih+++ Baik Daripada Tahun ni. Insya Allah. Ameen.
Love,
Safiahkd
Assalamualaikum..
ok so its today..
hari nih hari nih..
pagi2 datang sekolah, beli buku utk adik2, bosann..
nthen pukul 10.30 lebih kurang, naik dewan.
dah mula berdebar2..
ahh malasnye nak cite.
dipendekkan cerita, Alhamdulillah. saya dapat 8A 1B. B nye geografi. heheh..
saya gembira.
saya lega.
xde lagi siksaan menunggu result..
heheheheh..
Alhamdulillah..
and penatla denga orang cakap tahniah.
saya dapat 8A jek.. perlu ke?
ape2la..
Tahniah to my batch. huaaa I love my batch!! gogogo!!
45 orang 9A, 18(ke 16?) orang 8A, dan lain2 (xingat..)
yang dapat 6A ke atas 86 orang..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Assalamualaikum..
post hari ni xde kaitan dengan tajuk..
di tag oleh uswah.. dan beberapa ramai lagi orang.. kemalasanla nak buat tag2 nih.. tapi xpe, skang buat uswah punye tag dulu..
1. The phone rings. What is your ringtone?
bunyi telefon rumah. xleh nak di describe.
2. Did you go anywhere yesterday?
Nope
3. Who was the last person you shared beds with?
Solehah and aliya. tido sekatil 3 orang coz saya penakut. hahah
4. Favorite drink?
aaa sarsi.
5. Does the person you like know that you like him/her?
.........
6. Last time you talked to your mom?
baru tadi
7. Where are you right now?
in my bedroom. depan komp uswah yang selalu teroff secara tibe2nye..
8. If you HAD to kiss the last person you kissed, would you?
ofcoz.
9. Favorite gadget in the kitchen?
microwave
10. Favorite pie?
Apple pie!
11. How is your hair?
bukan macam willy wonka(hahah)
12. Where's the last place you walked to?
bilik mama
13. Last time you had a sleepover?
erm, rumah aisyah. masa debt project f3.
14. Latest you stayed up in the past week?
err tak ingat.
15. What are you doing?
buat questionnaire ni sambil dengo lagu aman damai dr sami yusuf (hahah jawapan saya banyak same ngan uswahler)
16. Have you been in a car accident?
emm penah kot. tapi just kemek sikit jela..
17. What is the last thing you said aloud?
Aliyaa!!! bile nak upload sijil uswah tuh??!!
18. Who's the 1st person on your missed calls list?
xde. xde henfon
19. What did the last text message you received say?
ooo
20. Last time you went to mosque?
time raye nak solat raye
21. Story behind your blog song?
lagu instrumental nih amatlah sedap.. sebenarnye nih lagu dari lagu korea. video klip die sedih..
22. What's bothering you right now?
esok esok dan esok..
DESCRIBE YOUR:
23. Wallet?
kene curik masa raya, so xde purse.
24. Eyes?
macam abah. dan pakai spek. rabun.
25. Life?
normal.. and wonderful. esok esok....
WHAT ARE YOU:
26. Doing this weekend to come?
err dok umah jela kot
27. Wearing?
tshirt uswah, seluar kaler krim. spek lalala..
28. Wanting?
9A
29. Listening to?
Sami yusuf - Asma Allah
30 . What do you smell?
bau bilik
31. Do you sleep like a baby?
donno
32. Do you like seafood?
yup
33. Do you remember your dreams?
sumtimes. teringat mimpi pasal adik fathimah tuh. hahaha
34. Do you consider yourself a study freak?
noo
35 . Do you speak another language other than English?
yep. malay.
36. What did you do last night?
tgk cite... err tak ingat..
37. What do you hate?
bagai2
38. Orange or apple juice?
apple juice
39. Who were the last people you went out to lunch with?
.......
40. Last thing you ate?
nasik n ayam masak kicap mama. eh bukan. epal yang saya potong. sedap.
lalalallalalalallalallalallalallalallalallalala.
xnak tag sesape
yours truly,
safiahkd
Assalamualaikum..
tomorrow, tomorrow, tomorrow,
esok esok esok.
sesiapa jangan berani nak tanya apa result saya.
..........
ehem ehem
esok kene pegi sekolah pakai uniform sekolah.
mama suruh pegi awal2 pagi sebab nak hantar aliya pegi kelas tambahan kat skolah.
lagipun bebudak nih nak beli buku esok.
lalalala..
end of post
yours truly,
safiahkd
Assalamualaikum..
Alaa blog saya dah makin popular pulak..
Alaa alaaa.....
ok watever.
Hehe nama saya mencapap kat link gamba xrek team A..
http://picasaweb.google.com/safiahkd
hohohohoh.. saya berjaya mengupload 500++ gamba kat picasa tuh!!!!!!!!!!!! (jakon yang melampau sikit)
tadi baru mendelete sikit(ye, sangat sikit) gamba2 munah. munah soh delete. sebab picasa saya dah popular!
hahahah (ape nih??)
ok so tadi munah masak spageti. saya xmakan sebab xde mood nak makan. sakit pinggang.....
khamis nih khamis nih.
oh ye, esok aliya start sekolah. tapi die kate die nak ponteng. cehs budak willy wonka nih.
ahmad xbawak balik buku die..
saya nak gune buku.. saya nak buku f4..
malas kurang rajinnyela nak kemas bilik nih.
tapi kene jugak kemas sebelum sekolah mule!!
kalau x, nanti jadik makin sepah.
alealeale...~~
hohoho vitamin B6 daripada 48 pisang,
hohoho kalsium daripada 55 cawan susu,
hohoho zat besi daripada 3 kilo bayam!!
hohoho yeaahh!!
teriklan horlick pulak.
oh well..
khamis nih khamis nih.
yours truly,
Safiahkd yang sedang sakit perut tapi still ayu (hahahah)
Assalamualaikum..
Result PMR khamis nih..
Doakan saya......... takut nih.. berdebar2.......
Ahmad jumpe lagu yang saya riiinduuuu sangat2 dan suka sangat2..
Tapi malangnye lagu tuh xleh nak didownload(sebenarnye xreti).
Lagu/ Nasyid yang dimaksudkan ialah..
Sofa Marwah - Nadamurni
Sejarah Haji - Nadamurni
due-due lagu nih saya selalu sangat nyanyi masa kecik2 dulu..
Amat sedap dan penuh makna.
Rasa cam nak nangis jek bile dapat dengar balik lagu yang dirindui nih..
Lagi nasyid2 lama yang baru jumpe..
Masanya telah tiba - Shoutul Jihad
Senandung Anak Pejuang - Shoutul Jihad
Nostalgia - Soutul Amal
Buaian rasa - As-shoff (lagu nih hasanah selalu nyanyi time nak tidurkan kiterang mase kecik2 dulu)
Satu - All For Ummah
lagu2 lama mirwana
oh ok lagu2 nih sebenarnye dah lame terperap dalam komputer nih cume jarang dengar jek.. heheh.. baru sedar ade..
lagu2 lama yang saya naaaakkk sangat2 :-
Jam Tujuh
Jam tujuh aku melangkah
Menuju ke sekolah
Hatiku rasa bahgia
Menambah ilmu di dada
aku suka membaca
kan ku baca semua cerita
yang baik jadi teladan
yang buruk jadi sempadan...
lalala (xingat)
xtau dari sape. lagu kanak2. saya nyanyi lagu nih masa pertandingan kat kampung sempena perkahwinan makcik saya. best..
Bonda - (ok xtau sebenarnye tajuk die ape) camnih lagu die..
Bonda yang tercinta,
bagaimanakah dapat ku balasi segala jasa yang tercurah,
buat kami, anak2mu ini,
pengorbananmu tiada tandingan,
mendidik dan mengasuh kami tanpa jemu dan bosan, penuh kesabaran..
Bonda terima kasih,
atas segalanya,
kerana kau telah mengenalkan kami kepada Tuhan yang Maha Esa,
Kau tunjukkan jalan untuk ke sana, negara akhirat yang kekal abadi.
betapa mulianya hatimu, betapa murni kasih sayangmu,
dapat kurasakan bonda kasihmu kasih sejati,
moga sentiasa Allah rahmati, moga sentiasa Allah redhai....
nasyid kanak2 jugak. saya nyanyi masa pertandingan nasyid kat plaza angsana mase umur... err xingat..
Zoo -hentam tajuk jugak
Bermacam2 binatang, ada di dalam taman
Ada yang jinak, comel(kot) sekali, mari kita kenali..
Mbekmbekmbek kambing mengemBeekk! lalalala
Kokokook ayam berkokok, mengais2 mencari.......(xingat)..... hanya bertasbih pada Ilahi..
nasyid kanak2 nih yang paaaaling saya rindu. lagu nih lawak sangat2..
dan beberapa lagu kanak2 yang lain yang saya ingat2 lupa... ahh amatlah rinduu..
Dan sekarang, saya dengar lagu..
Jalinan - UNIC, Sahabat Sejati - UNIC, Sebuah Pertemuan - UNIC..
rasa macam nak nangis sangat bile dengar..
teringat daurah n qiam form3..
rindu sangat2.. teringat pulak mase lepas pmr, sukan form3, qiam form3, rehlah, bowling.. mase studygroup same2, mase same2 tension belajar math n sejarah, masa sama2 ponteng sekolah, masa jualan form3, masa debt project, masa jamuan, ahh amatlah rindu dengan kawan2..
Tahun depan dah form4.. ermm
dan kepada sesiapa yang ade lagu2 lame yang saya rindukan tuh, janganla malu2 nak bagi pada saya.. huaa..
Yours Truly,
Safiahkd yang tere lagi macho dan penuh keayuan hahah
Assalamualaikum..
Cheesecake imang (dan hikmat) yang amat2 super sedap!! ahh teringin nak makan cake tuh lagi.. imang, post sikit kat sini kek tuh!! huaaa.............
Bersama kanak-kanak yang buat bising tengah2 malam, habis sorang2 kene marah. hahah.. eh bebudak nih tere posing..
Dan begitulah kisah raya aidiladha saya.. malas nak taip pepanjangla.. huahua..
Love,
Safiahkd
Assalamualaikum~
Setelah lama menyepi (penipuan yang terserlah), saya membuat keputusan yang amat canggih dan berwibawa untuk menceritakan pasal xrek yang telah saya hadiri pade hari sabtu dan ahad yang lepas. (ewaah, ayat yang sungguh terel)
Saya jadik co-fasi bersame Fathimah, Huda, Hani, Najihah, Wazien, Irfan H, Irfan M, Zubayr, Daniel.
Fasi2 nye pulak Maimunah(my sis), Kak 'Abyd, Kak Mawaddah, ermm Qayyum, Asyraf amin, Amin, Ikram... tu jekan? ha yelah.
Pagi2, saya n munah pegi ke pejabat jim untuk meeting. Oleh kerana orang yang patutnye buat program nih xde, jadik kami fasi n co-fasi lah yang kene buat program nih. Kami yang kene rancang ape nak buat n handle sendiri. wowow..
So mase hari jumaat nihla meeting pasal ape nak buat n bla2 sume2.. pening kepale jugak sebab sume muke2 orang yang amat kecoh so meeting jadik amatla bising dan selalu meleret2..
Meeting.......
Hani and Huda... tengah susun tempat2 and nama checkpoint.
Pagi, bertolak dari rumah pukul 6.30 pegi pejabat jim.
Sampai pejabat jim, tengok2 saya n munah first banat yang sampai. Bile semua sampai, dapat vest n terus pakai.. heheh banat memilih vest yang kalernye xpudar lagi.. jadik banin dapat yang kalernye pudar2 sikit. hahahah. (ceh xsasal gelak jahat)
Co-fasi banat 5 orang bersesak kat dalam kete pak uteh. mule2 saje jek sume bersempit masuk dalam kete tuh.. sekali memang betul2 kene naik kete tuh.. fuh.. macam nak penyek kat dalam kete tuh.. hahahah. lawak sangat.. dahle sume kecoh.. bising kete pak uteh tuh..
Sampai Kem Kaizen, tengok2 dah ade peserta yang dah sampai. So saya n hani (AJK pendaftaran) terus carik meja n bukak kaunter pendaftaran.
Kat kaunter, peserta2 kene isi borang peserta n buat bayaran. pastu mereka kene tulis nama kat nametag dan dapat buku xrek yang lawa lagi best.. Oh ye.. lupe nak cakap..
Nih Xrek team A. untuk form 1 dan 2. team B utk form3/4/5.
Xrek team A peserta die kebanyakannye dari SMIH. kalau tengok kat borang pendaftaran tuh, berderet SMIH.. heheh..
Lepas pendaftaran, sume peserta kene masuk dewan untuk ice breaking.. ade aktiviti.. kami bagi nama aktiviti nih = >> I C Heart << ade macam2 peserta kene buat. beeessttt.. ada kene buat gaya lagu tema xrek = Gemuruh. best sangat :D :D Masa saya cadangkan nak buat gaya lagu gemuruh tuh, saya fikir, bosan jugak kene buat mende tuh.. tapi bile dah buat, rase best sangat2! dahle sume semangat jek.. adik2 pon mase mule2 macam malu-malu tapi mase buat gaya tuh, sume dah selamber and dengan happy-nyer membuat gaya lagu gemuruh tuh.. reka sendiri tuu!!
Lepas tuh ade sesi >>Now See Heart<<. Sesi nih ade game Jujur/Khianat. sebenarnye tak tau pun ape name game tuh.. hehe.. kat game nih, setiap orang diberi satu kertas, yang menyatakan mereka nih jujur atau pengkhianat (peh skema..haha).
Setiap kumpulan ade pengkhianat.. Pastu sorang2 dari setiap kumpulan kene pegi depan n tengok gamba kat sebelah nih (yang amat susah dan unik) selama 10 saat n kene pegi kat tempat balik and lukis balik ape yang derang ingat. Pengkhianat kene rosakkan gamba nih.. dan sesiapa yang dirasekan pengkhianat boleh dibuang dari kumpulan tuh..
seronok yakinkan budak2 tuh yang orang nih pengkhianat, orang tuh pengkhianat, padehal dalam satu kumpulan, sorang jek pengkhianat. hahaha..
ada kumpulan yang tinggal sorang jek sebab sume kene buang. hahaha.. yang jujur tapi kene buang tuh memang marahla tapi apekan daya, dah kene buang.. huhuh.. game nih best jugak tapi yang penat fesila.. sebab penat nak yakinkan budak2 tuh yang sume orang pengkhianat. sakit tekak.. huahua..
Malam tuh ade nightwalk. sebelum tuh ingatkan nak adekan malam kebudayaan.. tapi pak uteh ambil alih, and ade sesi pengisian sikit sementare fesi meeting sikit pasal game malam tuh..
Nightwalk malam tuh agak boring.. blablabla.. Lepas nightwalk, makan malam. saya n fathimah mengabiskan roti adik2 yang xabes. satu kumpulan makan setengah buku roti. saya ngan fathimah 2 orang jek habiskan lagi setengah. hahahahah.. sedap makan roti ngan kaya.. ahh lapar pulak.. nak makan japla.. kembali selepas ini.. hahah..
.......................................#############whooshhprangpalalanyumnyumerkkk##################...................
alhamdulillah.. dah habis makan. ok sambung cerita..
Lepas makan, ade meeting.
Meeting untuk tetapkan checkpoint2 untuk treasure hunt esoknya.. huh sume dah ngantuk.. cakap pon dah xbetul mase tuh.. lawak sangat. saya xngantuk sangat coz dah tido beramai2 selame 15 minit kat musollah lepas solat maghrib. best.. meeting malam tuh lama sangat... yela.. meleret2..
malam tuh fesi2 banat gosok tudung gune iron yang saya bawak, dan saya siapkan checkpoint saya, yang lain2 siapkan klu untuk checkpoint2 baru. meeting malam tuh sampai pukul 3 pagi.
fesi banat tido dalam dewan malam tuh sebab nak jage barang.. (hehe) kami tido pukul 4 pagi sebab berbual banyak sangat. tambah gelak2 lagi.. xtahan betul. sakit perut.. asyik gelak jek malam tuh. bising. hahah.
bangun pukul 5.15 pagi. uhh ngantukk...
ok lupe pulak nak cakap. Aisyah ismail pegi jugak xrek.. so dapat jumpe die!!! amatlah best!!! :D
Pagi tuh, sementara sume orang bersiap2 dan nak makan, saya dan kak 'Abidah pegi ke checkpoint saya n fathimah. nak test kedalaman air. best2.. Mase mule2 masuk air.. SEJUKNYE!!! dan rindu sangat tempat tuh!! :D
Gamba sebelah nih ialah Hani, Me, Aisyah n Huda. Saya sorang basah sebab saya baru jek test cp air tuh.. oh ye.. sile tengok kasut saya tuh.. kasut hitam pink ye.. hahaha.. dan windbreaker itu adelah Fathimah punye.
Sebenarnye mereka2 sume marah sebab xajak pegi kat air tuh.. heheheh.. habis tuh saya xjumpe derang mase nak pegi tuh.. derang kat dewan atass malas saya nak mendaki.. penat ler..
Saya ngan fathimah tunggu lamaaaaaaa sangat2 kat cp tuh.. dah penat dah main2 air. tapi xde kumpulan yang sampai pun. xpela.. tunggu jelah.. sambil mandi mande bersama dengan 3 orang adik irfan m. hahaha.. tapi yang paling lame mandi kat cp saya ikram kecikla (adik irfanm).. sejuk... bebudak nih dah sejuk2 and menggigil2 pun xnak keluar kolam jugak..
hehehe gamba nih besar sikit dari yang lain.. ha nihla checkpoint saya.. checkpoint tayar :D
tapi walaupun saya yang jage cp nih, saya xpenah lepas tayar2 tuh.. mesti jatuh punye. hakhak.
gamba sebelah nih ikram kecik and me :D
budak nih xabes2 mintak saya windbreaker tuh sebab die kate kalau die pakai windbreaker tuh die boleh terapung. hahahah ape2 jela.. saya pakai windbreaker tuh supaya bile naik dari air, xnampak shape sangatla.. sebab baju kan melekat kat badan..
cp saya nih air die xdalam sangat.. dalam jugakla bagi budak kecik seperti ikram nih..
penat saya tunggu kat cp saya, kump banat 1 jek yang datang. len2 kump banin. hampe saya.. cp saya namanya mekkah sebab nih cp hadith. saya golek2 kat air sebab bosan. eh xdela saje jek lebih2kan ayat tuh..
lepas habis treasure hunt, kami main air lagi.. best sangat.. lari2 and terjun kat sungai tuh.. dalam jugakla.. budak kecik xleh masuk dalam tuh.. hehehe..sian ikram xleh nak masuk..
gamba sebelah nih, fathimah tengah dukung saya! heheh.. nampak kaki saya terangkat tuh. hahah. muka bahagia jek.. dan baru saya sedar, saya pakai jam tangan waktu men air.. haha..
bahagianye men air!! rindu pulak nak main air! dengan kawan2 pulak tuh.. bestnye..
lepas habis mandi2, siap2 dan kami fesi2 and co-fasi, sume pakai baju krj baru, kaler hijau..
Sila jangan tertipu ngan gamba sebelah nih.. Mic yang saya pegang tuh sebenarnye mic rosak.. xberfungsi pon.. saje wat gimik.. nak nyanyi lagu gemuruh.. heheheh..
Bile habis persembahan, ade sesi penutup dan penggambaran. Malangnye mase sesi penggambaran tuh bateri kamera dah abis. bateri kamera selalu jek habis time orang nak sangat gune!! tension jek.. huhuhuhh.. so xdela gamba kami beramai2.. huhuhuh.. sedih nih..
Assalamualaikum..
Saya baru balik dari Xrek Johor di Kem Kaizen hari Ahad lepas.
Penat sangat2 sebab first time handle program KRJ and kat kem kaizen pulak tuh.. Bentuk muka bumi berbukit2.. penat naik turun bukit.. sakit kaki.
Hari Isnin pulak pagi2 dah kene bangun sebab nak ke ESQ di RJCC. Hari selasa patutnye kene pegi jugak tapi penat dah.. Ape punye ATS daa..
Ok.. saya geram.
Ada seorang hamba Allah ni nak mintak gamba xrek. saya ada 599 gamba xek termasuk video. 599!! banyak tuh. die mintak transfer gune internet. tapi 599 gamba.. banyak sangat! susahla.. nak gune ym susah, gune email pon susah gak.. Semalam ada post-mortem xrek.. jadi die suruh saya bawak pendrive n nanti transfer kat pendrive die.. so saya pon bawakla pendrive semalam.
Saya bagi pendrive saya pade mereka2, supaya boleh transfer gambar yang belambak tuh..
Sekali pagi tadi adek die cakap ngan saya, yang die kate saya xbawak pendrive semalam, so die pon xdapatla gamba tuh.. saya pon pelikla, punyela semalam orang kecoh tengok gambar dari kamera saya, die x copy pon gambar tuh???? apekah??
pastu die suruh saya bagi jugak gamba2 tuh gune internet... ingat senang ke nak transfer 599 gamba tuh?? nak kasik 100 gamba pon susah.. ape lagi 599?? saya dahle xpandai sangat gune mende2 internet n winzip bla2 sume tuh..
nak gune email bagi die gamba?? susahla!
saya masih memikirkan lagi cemane nak bagi sume gamba2 tuh pade die..
saya try gune picasa.. tapi saya xfaham lagi mende alah nih.. menyampah............*(&!!*&#%(!)\..
pastu saya xleh nak kasik die lagi, sebab saya kene packing sekarang jugak sebab nak balik kampung sekarang jugak......... 2 hari balik kampung.
ahh kenapela die xcopy gamba tuh semalam????????????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
emm lagi saya malas nak tulis pasal xrek johor tuh.. kalau rajin saya taip panjang2 cerita xrek.. hehehe :D
huh.. ok, Selamat Hari Raya Haji (nak duit raye!!)..
Sekian, Wassalam.
Yours Truly,
Safiahkd
Assalamualaikum..
Result PMR........ sekejap jek lagi nak keluar (walaupun sebenarnye saya xtau pun ape tarikh sebenar result keluar..) hmm... saya dah berape kali mimpi pasal dapat result.. menyeramkan... dalam sume mimpi saya, saya dapat result lain2.. sekarang, saya dah pasrah.. xkesahla dapat bape A pon. saya dah cuba.....
eh saya rasa kertas geografi mesti hancur punye.. saya paling xsuka geografi.. saya xtau kenape.. dalam kelas saya, punyela sume orang dapat A geografi, tibe2 saya dapat C. hahaha. dah nak D pulak tuh.. kelawakan.
Masa geografi mesti saya ngantuk. Walaupun ustazah yang ajar best. huhuh.
Lagi satu sejarah. hahah.. saya xpernah habis baca buku teks sejarah form 3..
BM pulak, saya xpernah bace tragedi 4 disember and Kanang.. heheheh.. (dah bape kali kene marah ngan ustaz sbb xbace2)
Science.. pasrah....
I don't know........
I think i'm addicted to sweets. and chocolates. isk bahaye nih. tiap2 hari wajib makan. tapi coklat dah habis.. tinggal gule2 jek.. heheh..
dan masa cuti nih saya rajin goreng chips. sedap...
dan badan pon dah naik dengan semangatnye.. oh yeah.. huahua..
sedap ah bile jumpe orang nanti... kantoi makan banyak mase cuti.
Rindula nak pegi esq.. dah lame x pergi..
mari kita merepek.... !!
nama saya safiah bt. khairuddin. birthday saya 1 August 1992. saya lahir kat hospital sultanah aminah, jb. saya pakai cermin mata sejak darjah 5. saya ingat lagi mase first day saya pakai spek kat skolah, saya kene gelak ngan kawan2 sbb pakai spek senget. hahah. spek pertama saya hanya bertahan selama seminggu coz hilang kat musolla sekolah. saya mula dapat spek frameless mase saya form 1. mase tuh gembire gile sebab rase cam highclass pakai spek frameless hahaha. tapi sekarang saya pakai spek half-frame kaler hitam merah yg agak lawa la jugak (heheh). mula2, saya xsuka spek nih.. tapi lama2 rase cam lawa pulak.. huehue..
saya mula pakai jam masa saya 6 tahun. jam pertama saya, minnie mouse. saya ingat lagi jam tuh. kaler pink. yang boleh bukak tutup tuh.. jam seterusnya jam hello kitty, jam cam gelang, jam cincin(pakai kat jari, sayang sangat ngan jam nih tapi dirosakkan oleh... sape ntah xingat..), jam twitty (jam nih yang boleh stretch tuh.. best gile..), jam adidas (jam kaler hijau, bertahan dari darjah 3 sampai darjah 6, tali jam nih digigit oleh sepupu saya sampai putus.. huhuh.. dahle sayang ngan jam nih..), jam casio (dari darjah 6 sampai sekarang), dan jam yang abah beli kat dubai. sekarang saya ada 2 jam.. saya gune due due.. best :D sekarang saya xboleh hidup tanpa jam tangan. mesti kene ade jam!
saya xde henfon. ramai orang selalu tanye, kenape adik ade henfon, kakak xde? oh.. saya pernah ade henfon selama... 2 bulan kot. tapi saya malas nak pegang henfon, sebab kene fikir pasal kredit bla2, so saya kasik aliya.
saya xde dompet.. alaa nak purse..
saya punye pencil case saya gune dari form 1. saya suke pencil case tuh.. dulu saya pakai sama cam hani n fathimah, saya punye kaler biru, hani kaler hijau n fathimah kaler coklat. walaupun pencil case tuh zip die cam rosak skit n dah tergunting sikit, saya malas nak tukar pencil case.. pencil case tuh bawak banyak kenangan.. ewah.. tuh sebenarnye hadiah dari program explorace jim..
saya paling lemah bab bab nak pilih barang. saya xde taste. saya punye barang selalunye saya suruh keluarge saya yang pilihkan. baju mak pilih, kasut uswah n aliya pilih, jam abah pilih and so on.. heheh.. saya lebih suke kalau orang yang bagi saya hadiah daripada nak kene beli.. heheheh..
ahh maleh dah nak membebel... salam.. :D ;D
Love,
Safiahkd